Tuesday, May 26, 2009

Takaful Ikhlas Lancar Takaful Simpanan Ikhlas Haji

KUALA LUMPUR, 20 Mei (BERNAMA)-- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) hari ini melancarkan produk terbarunya Ikhlas Hajj Saving Takaful.

Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ikhlas Hajj Saving Takaful ialah pelan perlindungan serta pelaburan simpanan yang disediakan khusus bagi membantu dan memenuhi keperluan mereka yang merancang untuk menunaikan ibadah haji.

"Pelan itu ditawarkan tepat pasa masanya memandangkan ia dapat membantu perancangan mereka yang ingin menunaikan ibadat haji yang kosnya kini semakin meningkat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.

Beliau berkata pelan itu meliputi perkhidmatan takaful perlindungan serta simpanan yang lebih terjamin.

Takaful Ikhlas mengunjurkan produk terbaru ini menyumbang sebanyak RM3 juta bagi tahun kewangan 2009/2010 dan diyakini mampu meningkatkan perolehan sumbangan kepada Takaful IKHLAS pada tahun-tahun akan datang.

Antara kelebihan pelan Ikhlas Hajj ialah manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh, penyakit kritikal yang berpanjangan, serahan, pengeluaran sebahagian tunai dan matang.

Had umur kemasukan untuk produk terbaru ini bermula daripada 30 hari hingga 60 tahun.

Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati menerusi www.takaful-ikhlas.com.my.

-- BERNAMA

No comments: