Thursday, January 29, 2009

Bagaimana Suami boleh Wariskan gaji berterusan kpd isteri dan keluarga jika meninggal dunia atau lumpuh kekal

Bagaimana waris anda atau isteri hendak meneruskan kehidupan menyara anak - anak ? Ya isteri boleh bekerja..tetapi sampai bila ? Bolehkah isteri anda mengembalikan gaji anda seperti dahulu ? Kalau isteri yg sememangnya bekerja membantu suami, bagaimana anda hendak menampung kehidupan akibat dari GAJI SUAMI yang sudah tidak ada lagi ??

BENCANA KEWANGAN

Setiap keluarga yang ditimpa bencana kewangan, pasti merasai hidup yang amat perit. Bencana kewangan adalah suatu keadaaan dimana keluarga tersebut kehilangan Pencari Nafkah tunggal dalam keluarga akibat dari RISIKO KEHIDUPAN seperti meninggal dunia, lumpuh, menderita penyakit kronik dan maut/lumpuh akibat kemalangan.

Ini kerana Pencari Nafkah ( selalunya si bapa ), tidak lagi mampu mendatangkan GAJI BULANAN seperti selalunya di atas ketidakmampuan bekerja lagi. Bagaimana anda rasa jika gaji anda lambat masuk atau ditahan sebulan atau dua bulan ? Pasti anda rasa susah kerana hendak perancangan anda bulan tersebut akan terjejas. Susah bagi anda utk menjelaskan hutang tepat pada waktunya, wang sara hidup, barang dapur, pendidikan anak - anak ( tusyen , buku2 ), dan bermacam2 lagi perkara akan TERJEJAS akibat ketiadaan gaji anda pada bulan itu.

Bayangkan jika gaji tersebut TIDAK AKAN MUNCUL LAGI BUAT SELAMANYA..!!!

Bagaimana waris anda atau isteri hendak meneruskan kehidupan menyara anak - anak ? Ya isteri boleh bekerja..tetapi sampai bila ? Bolehkah isteri anda mengembalikan gaji anda seperti dahulu ? Kalau isteri yg sememangnya bekerja membantu suami, bagaimana anda hendak menampung kehidupan akibat dari GAJI SUAMI yang sudah tidak ada lagi ??

Anda mungkin mempunyai wang simpanan, tetapi berapa lama ia dapat bertahan ? 1 tahun? 2 tahun ?

WARISKAN GAJI ANDA KEPADA KELUARGA SEBELUM TERLAMBAT!!!!!

KETAHUI CARA MEWARISKAN GAJI ANDA KEPADA KELUARGA APABILA ANDA DITIMPA RISIKO KEHIDUPAN….

Simpan 10% untuk selamatkan 100% gaji anda pada masa depan…

Anda ada KWSP, rumah, simpanan untuk diwariskan kepada keluarga, tetapi anda lupa untuk WARISKAN GAJI ANDA KEPADA KELUARGA TERSAYANG …agar ia berterusan sekiranya anda pencari nafkah keluarga tidak mampu lagi bekerja..

Simpan sedikit - sedikit lama - lama jadi bukit. Perumpamaan ini telah menjadi darah daging dalam masyarakat Malaysia dalam mendidik tabiat suka menyimpan dari kecil. Mengikut pengarang buku ‘ The Richest Man in Babylon ‘ , beliau menyarankan agar anda menyimpan 10% setiap kali anda menerima gaji / wang. Hikmah disebalik saranan ini adalah, wang simpanan anda akan berkembang dalam jangka masa panjang.

Saranan ini memang masih boleh diguna pakai dalam zaman melenium ini. Persoalannya sekarang adalah, di mana anda perlu menyimpan ? Di rumah kah ? Di bank kah? ASB kah ? Banyak pilihan dan setiap instrumen kewangan memberikan faedah tertentu kepada para penyimpan.

Jika anda menyimpan 10% dari gaji anda di ASB, maka sudah tentu dalam tempoh 20 tahun akan datang anda akan mempunyai satu jumlah wang yang sangat besar. Jika anda menyimpan 10% di bank, anda masih perolehi wang yang banyak dalam tempoh 20 tahun, tetapi kurang dari apa yang diperolehi di ASB, kerana pulangan yang diberikan di ASB adalah lebih tinggi berbanding bank simpanan.

Cuma masalahnya adalah, simpanan anda di ASB atau bank, tidak memberi jaminan dimana simpanan anda akan berterusan sehingga 20 atau 30 tahun akan datang. Jaminan apa ? Jaminan di mana anda akan tetap menyimpan secara tetap setiap bulan di ASB / bank sehingga 20 tahun akan datang. Secara logiknya, selagi anda mampu bekerja, anda akan mampu menyimpan 10% gaji anda di ASB / bank. Itu kalau anda masih bekerja. Tetapi…

Tetapi, jika anda sudah tidak mampu bekerja, mampukah anda menyimpan 10% gaji anda setiap bulan ? Kenapa tidak, selagi anda mampu bekerja anda mampu menyimpan. Apa sebabnya yang anda tidak mampu bekerja ? Majikan gulung tikar ? Cari majikan lain. Kos kenaikan bahan api / perbelanjaan harian ? Jimat dan potong perbelanjaan yang tidak perlu..nak anda masih boleh mengekalkan simpanan anda 10% setiap bulan. Apa lagi yang tak kena ?

Sedar atau tidak, setiap manusia/keluarga akan menglami suatu peristiwa besar dalam kehidupan mereka iaitu KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN AKIBAT RISIKO KEHIDUPAN. Apa risiko kehidupan itu ? Ya, meninggal dunia, lumpuh akibat penyakit / kemalangan, dan menderita penyakit kritikal. Inilah risiko kehidupan yang akan membuatkan anda tidak mampu bekerja selamanya. Jadi, mampukah anda mengekalkan simpanan 10% gaji anda setiap bulan ? Bagaimana mungkin, perbelanjaan sara hidup keluarga, perbelanjaan rumah / kereta, perbelanjaan sekolah anak - anak, simpanan persaraan, perbelanjaan perubatan, wang saku kepada ibu bapa - AKAH HILANG SELAMANYA.

75% pesakit kanser tidak tahu mereka mengidap kanser sehingga stage 4 ( peringkat terakhir ), kematian akibat kemalangan setiap tahun menjangkau 4 angka setiap tahun..ribuan angka serangan strok yang mengakibatkan lumpuh kekal…RIBUAN keluarga hilang tempat bergantung dan hilang PUNCA PENDAPATAN dalam sekelip mata…anda sendiri pasti terbaca kejadian seumpama ini di dalam akhbar harian..pasti berlaku setiap hari…

Cuma kita tidak tahu..bila giliran kita akan tiba…

Maka dengan itu, simpan 10% gaji anda ditempat yang betul dan tepat yang dapat memberikan manfaat kewangan berganda kepada anda. Simpan 10% gaji/sebulan, yang dapat melindungi dan membekalkan 100% dari gaji anda kepada keluarga selama 20 - 30 tahun, sekiranya anda tidak mampu lagi bekerja akibat meninggal dunia / lumpuh kekal.

Apabila pencari nafkah meninggal dunia, masalah yang akan dihadapi adalah :

1. Belanja Pengebumian Jenazah ( dalam kes meninggal dunia ).
2. Wang sara hidup sementara menunggu surat tadbir kuasa. ( dalam kes
meninggal dunia ) Walau pun si suami meninggalkan wang dalam
bank /KWSP/ ASB, ia mengambil masa beberapa bulan untuk mendapat hak mengambil wang tersebut. Anda perlu menunjukkan
dokumen2 yang kadang kala tidak masuk akal bagi membuktikan status pewaris.
3. Wang sara hidup untuk 20 - 30 tahun akan datang. PENTING!!!
4. Masalah hutang kepada manusia ( bank ) / Allah ( hutang zakat )
5. Wang pendidikan masa depan anak
6. Simpanan Persaraan ( Hari Tua )

Bagaimana melindungi 100% gaji anda dengan simpanan 10%?
Jika anda bergaji RM 30 000 setahun, dengan menyimpan 10% gaji, faedah kewangan yang akan anda perolehi adalah :

1. RM 2000 diberi sebagai belanja pengebumian. Ini dipanggil sebagai
khairat kematian

2. RM 5000 diberi sebagai upah haji / wang sara hidup sementara mendapat
claim insurans / surat hak tadbir kuasa

3. RM 300 000 diberi jika meninggal dunia. Wang in adalah di sebut
sebagai warisan gaji. Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan
pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 30 ribu setahun selama mana anda
hidup. Modal masih belum terusik. Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.

4. RM 300 000 jika lumpuh kekal keseluruhan. Wang ini adalah disebut
sebagai warisan gaji.Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan
pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 30 ribu setahun selama mana anda
hidup. Modal masih belum terusik. Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.

5. RM 50 000 diberi jika anda disah menghidap penyakit kritikal. Wang ini sebagai wang pemulihan. Apabila mengidap penyakit kronik, anda mungkin memerlukan 3 bulan - 2 tahun untuk memulihkan kembali penyakit tersebut, sebelum anda boleh sambung bekerja. Duit ini adalah sebagai wang sokongan semasa dalam pemulihan. Pelaburan bulanan akan diteruskan
secara PERCUMA sehingga anda berumur 80 tahun.

6. Simpanan Hari Tua, jika tiada tuntutan besar dibuat. Pelaburan ini
adalah pelaburan berlandas Syariah dengan pulangan purata 9 % setahun.

Dengan tindakan anda menyimpan 10% gaji di tempat yang tepat yang memberikan manfaat kewangan yang maksimum, anda telah menjaga kebajikan kelurga anda dari bencana kewangan, sekiranya anda tidak mampu bekerja lagi.

Wariskan gaji anda sekarang !!!

Berapa Nilai Harta Pusaka Anda?

“Berapakah jumlah perlindungan yang perlu saya ambil?” tanya seorang prospek kepada saya.

“Sekurang-kurangnya lapan kali ganda gaji tahunan encik ”, kata saya.

“Mmmm…. Kalau begitu maknanya saya perlu ambil perlindungan sebanyak RM 500 ribu lah?”, tanyanya sambil membuat kira-kira.

“Nampaknya begitulah”, kata saya sambil membahagikan jumlah 500 ribu tersebut dengan 8 dan dibahagi dengan 12 untuk mendapat tahu anggaran pendapatannya sebulan.

Jumlah 8 kali ganda ini adalah jumlah minimum untuk menghadapi situasi paling buruk di dalam kehidupan, iaitu kematian.

Kenapa 8 kali ganda?

Jumlah ini adalah berdasarkan hukum faraid di dalam Islam yang menetapkan bahawa harta-harta si mati akan dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli waris. Apabila kematian suami yang meninggalkan isteri dan anak-anak lelaki dan perempuan, maka si isteri hanya berhak 1/8 daripada jumlah harta tadi.

Maka perlindungan sebanyak 8 kali ganda tadi memungkinkan si isteri mendapat pampasan yang bersamaan dengan jumlah gaji suaminya setahun. Pampasan ini tidak dapat menggantikan kewujudan si suami, tetapi sekurang-kurangnya dapat memastikan isteri dan anak-anak si mati tidak perlu mengubah cara hidup mereka secara mendadak, berpindah ke rumah yang lebih kecil, menukar kereta buruk, mengubah menu masakan harian, mengurangkan wang belanja untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.

Sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun, dengan wang pampasan tersebut si isteri dapatlah berdikit-dikit mengubah cara hidup keluarga mereka secara beransur-ansur.

Formula “satu per lapan” ini adalah salah satu cara pengiraan jumlah perlindungan.

Ia berdasarkan firman Allah di dalam ayat 240, Surah al-Baqarah, yang bermaksud:

Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Sebenarnya ayat al-Quran di atas telah dimansuhkan dengan hukum faraid, namun inti pati nasihat Allah kepada para suami untuk menyediakan nafkah setahun kepada isteri sebelum meninggal dunia.

Di sini sedikit sebanyak ilmu tentang faraid dapat diaplikasi dalam menyediakan jumlah perlindungan minimum apabila membuat keputusan mengambil polisi takaful.

Mungkin nilai RM 100,000.00 dilihat banyak sekiranya kita memilikinya secara total. Sekiranya jumlah ini adalah harta pusaka yang ditinggalkan oleh seorang suami kepada isteri dan anak-anaknya, maka isterinya hanya berhak mendapat 1/8 sahaja daripada jumlah berkenaan. Jumlahnya hanya RM 12,500 sahaja. Jika ia digunakan untuk perbelanjaan sebanyak RM 2000.00 sebulan (sebenarnya ia masih sedikit jika dibandingkan dengan kos sara hidup hari ini), hanya mampu menampung setengah tahun sahaja.

Faraid: Ilmu yang semakin dilupakan

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Hurairah r.a.; “Wahai Abu Hurairah! Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain kerana ia adalah separuh ilmu. Dia akan dilupakan dan dia akan menjadi perkara pertama dicabut dari umatku”. (Riwayat Ibu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Kali pertama saya pelajari ilmu faraid ini kira-kira 6 -7 tahun lalu apabila ia menjadi salah satu subjek wajib pelajar Kullyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM. Ketika itu, saya hanya memperlajarinya lebih kepada exam-oriented.

Maka ia menjadi sekadar ilmu dan teori sahaja…

Sehinggalah saya menceburi bidang takaful, barulah saya ketahui praktikaliti ilmu ini di dalam masyarakat. (Siapa kata dengan muenjadi wakil takaful tidak dapat praktikkan ilmu undang-undang yang dipelajari di kampus dahulu?)

Takaful: Penambah Nilai Harta Pusaka.

Apabila seseorang membeli sebuah rumah, selalunya memakan masa sehingga 20-30 tahun untuk memilikinya. Sebuah rumah teres yang berharga RM 50,000 pada 20 tahun yang di Kuala Lumpur, sekarang sudah bernilai RM 200,000.000.

Andai kata pemilik rumah tersebut meninggal dunia, maka rumah tersebut menjadi sebahagian daripada harta pusaka dan perlu difaraidkan. Bagaimanakah rumah bernilai RM 200,000.00 tersebut dibahagikan 1/8 kepada isteri si mati?

Rumah tersebut perlu dibelah lapan? Tidak logik sama sekali.

Sekiranya si isteri ingin memiliki rumah tersebut, dia perlulah mendapat persetujuan dengan semua ahli waris, dan mungkin dia terpaksa menyediakan 7/8 daripada nilai RM 200,000 tersebut untuk dibayar kepada ahli waris, iaitu kira-kira RM 175,000.00!

Membahagikan sebuah rumah berharga RM 200,000 lebih sukar daripada membahagikan wang tunai RM 200,000.

Justeru, di sinilah peranan takaful untuk menyediakan nilai tunai kepada seseorang apabila berlaku kematian. Berbanding dengan situasi tadi, apabila si suami meninggal dunia meninggalkan wang pampasan takaful RM 200,000.00 lebih mudah dibahagi-bahagikan kepada ahli waris.

Malah, untuk mendapatkan perlindungan takaful kematian yang bernilai RM 200,000 jauh lebih mudah untuk memiliki rumah dengan nilai yang sama, atau mengumpul wang tunai RM 200,000.

Serendah caruman sekitar RM 200 (bergantung kepada faktor-faktor umur, jantina dan sebagainya), nilai RM 200,000 sebagai harta pusaka terus berkuatkuasa tanpa menunggu 20-30 tahun. Tidak perlu deposit 10%, tidak perlu yuran guaman, tidak perlu memohon pembiayaan, tidak perlu….

Adakah anda memiliki RM 200,000 sekarang? Jika tidak, bukankah lebih baik andainya anda mampu meninggalkan RM 200,000 kepada waris anda?

Anda mampu lakukannya!

Artikel asal dipetik dari www.afyan.com

7 Tip Kepentingan Takaful

Takaful sudah menjadi trend yang popular kini dalam untuk membantu perancangan kewangan anda. Bagi yang belum ada atau yang sudah mempunyai polisi takaful bolehlah membaca 7 tip di bawah bagi mendapatkan polisi Takaful yang sesuai dengan anda.

#1 Tabung kesihatan

Ramai tidak sedar sebenarnya Takaful dapat menyediakan tabung kesihatan dengan jumlah yang besar tanpa perlu menyimpan di bank. Bayangkan peserta didapati mendapat penyakit kritikal seperti kanser dan memerlukan kos rawatan sehingga RM60,000. Ya, memang benar anda boleh mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan dengan kos yang lebih rendah tetapi di sana peserta terpaksa menunggu dengan senarai yang panjang untuk mendapatkan rawatan. Kebiasanya pesakit kanser terpaksa menunggu berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan rawatan kerana kelengapan perubatan di Hospital kerajaan terhad sedangkan rawatan kanser tidak boleh di tunggu. Disebabkan itu anda pernah mendengar pesakit tidak sempat dirawat kerana mendapat rawatan yang lewat. Untuk mengatasi masalah ini Takaful menawarkan perlindungan penyakit kritikal mengikut keperluan peserta dengan caruman yang rendah. Selain itu peserta juga boleh mendapatkan Medical card dengan bayaran murah tetapi perlindungan sehingga mencecah RM300,000. Oleh sebab itu peserta yang bercadang untuk mendapatkan takaful bolehlah mempertimbangkan Tabung kesihatan.

#2 Tabung pendidikan anak

Pendidikan anak adalah menjadi keperluan utama bagi setiap ibubapa. Kebelakangan ini pelbagai skim diperkenalkan bagi membantu ibubapa membuat tabung pendidikan anak. Takaful juga dapat membantu anda membuat tabung pendidikan dan lebih menarik lagi pembayar atau ibubapa menikmati pelepasan bayaran (waiver of contribution) yang tidak ada dalam skim pelaburan atau menyimpan di bank. Pelepasan bayaran akan diberi kepada ibubapa atau pembayar jika meninggal dunia, lumpuh, cacat kekal atau mengidap 39 penyakit kritikal. Ini bermakna ibubapa atau pembayar tidak perlu risau dengan tabungan pendidikan anak mereka kerana takaful dapat menjamin tabung meraka akan diperolehi selepas tempoh matang dengan caruman yang rendah walaupun pembayar sudah tiada. Tabung pendidikan anak disyorkan kepada peserta yang mahu memastikan anaknya mendapat pendidikan universti dan dalam masa yang sama tidak memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pendidikan anak mereka.

#3 Tabung perancangan kewangan pesaraan

Tabung ini adalah asas kepada Takaful kerana konsep takaful adalah menabung dan perlindungan. Perlindungan asas yang kebanyakan syarikat takaful tawarkan adalah kematian dan khairat kematian. Disamping itu peserta sebenarnya menabung dengan Takaful. Tabung ini boleh diambil apabila polisi peserta matang dengan keuntungan mudharabah. Walaubagaimanapun peserta boleh membuat pengeluaran sebanyak tiga kali sepanjang tempoh polisi. Takaful juga akan mengeluarkan penyata setiap tahun jumlah simpanan semasa peserta bagi memudahkan peserta merancang tabung pesaraan.

#4 Tabung perlindungan hutang

Perlindungan hutang adalah menjadi teras yang penting dalam islam kerana Rasullulah s.a.w sendiri menekankan dalam pengurusan hutang. Hutang menjadi tanggungjawab anda walaupun sudah meninggal oleh sebab itu umat islam diwajibkan membayar hutang walaupun tidak dituntut. Takaful juga menyediakan kemudahan ini kepada peserta mengikut keperluan peserta dengan caruman yang rendah.

#5 Tabung kemalangan

Takaful juga menyediakan tabung kemalangan kepada peserta. Jika berlaku kemalangan peserta boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada tabung kemalangan. Tabung kemalangan mempunyai banyak jenis antara jenis popular perlindugan kematian, cacat kekal atau lumpuh, perlindungan kehilangan angota badan, perlindungan patah dan banyak lagi.Peserta bolehlah memilih jenis tabung kemalangan mengikut keperluan peserta.

#6 Tabung perlindungan pendapatan

Tabung ini amat penting kepada setiap peserta kerana sebelum ini saraan keluarga dikongsi bersama tetapi jika berlakunya musibah pendapatan suami atau isteri akan terhenti serta merta lebih merana lagi jika si suami sahaja yang menyara keluarga.

Oleh sebab itu peserta disarankan untuk mendapatkan perlindungan pendapatan sebanyak tiga tahun pendapatan dengan caruman yang rendah. Contohnya peserta memperolehi pendapatan sebanyak RM50,000 setahun. Tiga tahun pendapatan adalah sebanyak RM150,000.


#7 Tabung pembiayaan perumahan

Tabung ini memberi perlindungan kepada peserta jika berlakunya musibah kepada pembayar dengan membantu membiayai baki hutang perumahan. Tabung pembiayan perumahan mempunyai dua jenis iaitu MRTA dan MLTA. Perbezaan keduanya ialah MRTA hanya membiayai baki hutang perumahan manakala MLTA membayar harga asal rumah, contohnya rumah peserta berharga RM300,000 MLTA akan membayar baki kepada waris sebanyak RM300,000 juga.

Tujuh tip diatas diharap dapat membantu anda dalam merancang kewangan anda dalam masa yang sama mendapat perlindungan. Disamping itu peserta juga dapat menikmati potongan cukai pendapatan bagi takaful dan KWSP maksima sebanyak RM6,000 manakala bagi takaful pendidikan layak menerima potongan maksima sebanyak RM3,000. Akhir sekali tepuk dada tanya selera dalam memilih pelan yang sesusai dengan anda. Selamat bertakaful.

Monday, January 12, 2009

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd Menang 'The BrandLaureate - SMEs Chapter Award 2008'.

Petaling Jaya, Selangor, 8 Januari 2009 – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd (Takaful IKHLAS) mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila memenangi ‘The BrandLaureate - SMEs Chapter Award 2008’ dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur hari ini.


Takaful IKHLAS yang baru sahaja memasuki tahun ke-enam operasinya itu memenangi anugerah bagi kategori `Best Brands in Corporate Branding, Consumer – Healthcare Insurance’.


Anugerah yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Jenama Asia Pasifik (APBF) itu telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.


Syed Moheeb berkata, kejayaan mereka memenangi anugerah itu membuktikan kesungguhan pihaknya dalam menjenamakan produk Takaful di negara ini.


“Kami telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti produk-produk kami bagi memastikan ianya memenuhi permintaan pasaran dan nampaknya ia membuahkan hasil.


“Ini kerana produk-produk kami bukan sahaja mudah diterima penduduk Malaysia sekaligus menyumbang kepada penjenamaan Takaful IKHLAS itu sendiri,” kata beliau ketika ditemui selepas majlis tersebut.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penaung APBF, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Menurut Syed Moheeb, kemenangan ini merupakan paltform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful IKHLAS bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Kita telah mempunyai pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan oleh yang demikian usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ianya dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini.


“Sehubungan dengan itu, Takaful IKHLAS sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai penerima anugerah tersebut meskipun penglibatan kami dalam industri Takaful masih baru jika hendak dibandingkan dengan pengendali takaful yang lain,” ujar beliau.

Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) memulakan operasinya pada bulan Julai 2003. MNRB telah dicatatkan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad menerusi Skim Amanah Saham Bumiputera.

Setelah 6 tahun beroperasi, Takaful IKHLAS telah mempunyai rangkaian pengedaran yang luas termasuk ejen-ejen di seluruh semenanjung Malaysia termasuk di bandar-bandar kecil. Ini termasuk di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Sungai Petani, Johor Bharu, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan dan Ipoh. Takaful IKHLAS akan membuka satu lagi pejabat wilayahnya iaitu di Putrajaya dalam masa yang terdekat ini.