Thursday, December 18, 2008

Pesakit SLE perlu sokongan moral

SEJAK beberapa tahun lalu, masyarakat semakin menyedari kewujudan penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus yang mampu melumpuhkan kehidupan pesakit dengan simptom-simptom berbahaya termasuk mengalami serangan apabila terdedah pada cahaya matahari.

Di Malaysia, terdapat hampir 12,000 penghidap SLE dengan 90 peratus merupakan wanita manakala 10 peratus lagi terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak berusia antara 15 hingga 50 tahun.

Ia merupakan penyakit auto-imun kronik di mana sistem imunisasi tubuh mula menghasilkan antibodi yang menyerang bahagian tubuh yang sepatut dilindunginya.

Auto-antibodi berkenaan mengakibatkan keradangan sehingga merosakkan organ badan seperti sendi, kulit, buah pinggang, paru-paru, saluran darah dan otak.

Naib Presiden Persatuan SLE Malaysia (PSLEM), Dr. Yeap Swan Sim berkata, simptom yang melanda setiap pesakit berbeza-beza mengikut individu namun setiap satunya memerlukan kaedah rawatan, pengurusan dan sokongan moral sebagai perangsang.

"Buat masa ini, tidak ada ubat khusus untuk SLE malah sejak 40 tahun lalu, pakar saintis masih belum menemui kaedah rawatan terbaru untuk mengubatinya.

"Ubat-ubatan yang digunakan kini merupakan rawatan untuk penyakit lain namun ia dapat membantu menangani kesan sampingan akibat SLE,'' katanya.

Sebahagian ubat-ubatan yang digunakan untuk mengurangkan simptom SLE dan mengawal lebihan aktiviti sistem imunisasi boleh menimbulkan kesan sampingan mudarat manakala ubat yang baru pula memakan perbelanjaan lebih besar.

Ini kerana, pengambilan corticosteroid (prednisolone) dan immunosuppresant untuk jangka panjang boleh mengakibatkan komplikasi seperti darah tinggi, diabetes, katarak dan kerosakan anggota badan lain selain menopaus awal seterusnya kemandulan.

Pun begitu, kajian mendapati berlaku peningkatan pada taraf kehidupan pesakit SLE di mana 97 peratus pesakit berupaya memanjangkan kehidupan sehingga lima tahun manakala 80 peratus hingga 90 peratus lagi hingga 10 tahun.

"Penemuan itu berkait rapat dengan pilihan rawatan lebih baik berbanding dahulu yang boleh diperoleh oleh para penghidap SLE sekarang.

"Justeru, pesakit boleh menjalani kehidupan normal. Kajian membuktikan bahawa 15 peratus hingga 20 peratus pesakit tidak mengalami kesan sampingan klinikal dengan pengambilan ubat-ubatan secara minimum,'' kata Swan Sim.

Monday, December 15, 2008

Konsep Takaful

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama

  • Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.
    (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Dalil Tanggungjawab

  • Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam al- Bukhari dan Imam Muslim)
  • Muslim yang sebenar (Mu'min) dengan Muslim yang lain (Mu'min) diibaratkan seperti bangunan di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain. (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi

  • Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) Berasaskan hadith di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

Memahami Kontrak Takaful

  • Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis 'Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru' (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

Takaful IKHLAS Menang Kategori Produk Takaful Paling Inovatif di KLIFF 2008

PETALING JAYA, 19 November 2008 – Syarikat pengendali perlindungan berasaskan syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) dinobatkan sebagai penerima Anugerah bagi Kategori Produk Takaful Paling Inovatif sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 kelima (KLIFF 2008) pada 18 November 2008, semalam.


Anugerah yang diperolehi melalui Produk IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT) itu telah disampaikan oleh Menteri Kewangan 2, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah KLIFF 2008 di Hotel Istana, Kuala Lumpur di sini semalam.


Syed Moheeb ketika ditemui selepas majlis penyampaian tersebut berkata, penganugerahan yang pertama kali diterima oleh Takaful IKHLAS sejak KLIFF diadakan lima tahun lepas itu merupakan satu penghormatan buat syarikat itu.


”Meskipun Takaful IKHLAS baru sahaja lima tahun berada di dalam industri Takaful, namun pengiktirafan yang diberikan kepada salah satu daripada 78 produk kami ini merupakan penghormatan yang tidak ternilai harganya. Ini membuktikan kepada umum, walaupun kami masih hijau di dalam industri ini tetapi produk kami setanding dengan syarikat-syarikat besar yang telah lama bergiat aktif bukan sahaja di dalam industri takaful tetapi juga insurans,’’ kata beliau.


Ketika diminta menerangkan mengenai ciri-ciri yang ada pada produk IMAT sehingga layak mendapat pengiktirafan itu Syed Moheeb berkata, selain 30 faedah perlindungan yang bakal diterima penerimanya, skim yang merupakan pelan rawatan hospital dan pembedahan itu merupakan pelan perlindungan takaful yang menawarkan sumbangan terendah berbanding produk-produk lain yang ada dalam industri insurans dan takaful pada hari ini.


Kami menawarkan lima pelan bagi skim ini iaitu Pelan A, Pelan B, Pelan C, Pelan D dan Pelan E. Bagaimanapun peserta tidak perlu bimbang untuk memilih mana-mana pelan kerana kesemua pelan menawarkan faedah yang sama,’’ kata beliau mengenai produk yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Tapak Pameran Takaful IKHLAS di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini pada 20 April 2008.


Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.


Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya.

Thursday, December 11, 2008

Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Thursday, December 4, 2008

Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam

Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam.

Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah.

Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu dan kemampuan yang ada untuk memberi faham. Isunya begini..

Kegawatan bermula dari kes pinjaman dan pensekuritian bon Subprima.


Justify Full
FAHAMI SUBPRIME MORTGAGE TERLEBIH DAHULU

Subprime mortgage atau dalam bahasa Malaysia kita sebut "peluang kedua pinjaman".

Ia adalah pinjaman wang yang diberikan kepada sekumpulan pengguna miskin, manakala sebahagian lainnya tidak menepati kriteria peminjam yang BOLEH diluluskan jika dilihat dari piawaian sesebuah bank. Ia disebut sebagai mempunyai ‘credit rating' yang rendah. Mereka ini biasanya terdiri dari :-

* mereka yang mempunyai pendapatan rendah,
* mempunyai sejarah dan rekod kegagalan bayaran hutang yang tinggi, atau ‘rekod merah'.
* mereka yang beban hutangnya telah melebih kemampuan pendapatannya,
* para spekulator yang tiada mempunyai wang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan lain-lain lagi.

Walaupun demikian, mereka telah diberikan peluang kedua untuk membuat pinjaman.
Perlu diingat, ia bukannya dibuat atas dasar ingin membantu tetapi berpunca dari sifat tamak pihak kapitalis dalam perolehan untung, mereka juga tidak menghiraukan samada kumpulan miskin dan bermasalah serta terdesak tadi akan semakin tertindas ataui tidak. Apa yang penting buat mereka adalah untuk mengambil peluang meraih untung sebanyak mungkin.

Telah saya tegaskan beberapa kali di web ini, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk gagal membayar balik, risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan ‘event of default' akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba ‘interest' yang akan dikenakan terhadap peminjam.

Menurut faktanya, apabila lebih 100 buah syarikat yang memberi pinjaman jenis subprime seperti New Century Financial Corporation memfailkan bankruptcy akibat gagal memperolehi pulangan beserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula kelihatan. Kegagalan ini membawa kerugian sebanyak USD 6.5 trillion dan memberikan kesan negatif kepada seluruh industri jual beli rumah, perbankan dan ekonomi USA. [1]

Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai tahun 2007 dan berterusan kesannya sehinggalah apa yang berlaku kepada kebrankupan dan kerugian besar syarikat gergasi di Bursa Saham Wall Street seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch, AIG dll. Ia bakal membawa kesan domino atau kesan bertali kepada mana-mana syarikat yang mempunyai ikatan dengan mereka yang rugi ini, akan saya huraikan kemudian.

Ia bermula apabila sektor perumahan di USA menjadi bubble. Erti bubble dalam konteks ini adalah apabila nilai valuasi rumah meningkat sehingga mencapai tahap unsustainable iaitu tidak mampu lagi ditanggung jika dilihat kepada purata pendapatan penduduk.

Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal ia disebut ‘defaulters' menjadi semakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan pada bulan Ogos 2007 yang lalu.

APA KISAH CADANGAN KERAJAAN US UNTUK BAILOUT USD 700 BILION?

Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba menjadi jatuh merudum pula sehingga banyak pihak yang telah membeli dan memegang rumah dan hartanah tidak lagi mendapat untung dari aset yang mereka pegang. Kerugian pun menjelma dan memberikan kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan dan ekonomi dunia. Pihak bank akan ditimpa Non Performing Loans (NPL) atau hutang tertunggak yang tinggi, selain itu ia juga memberi kesan rugi kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi. Ia juga bakal membawa keruntuhan, hasilnya Presiden USA, George Bush telah memperuntukan ‘bail-out plan' dengan harga antara USD 700 billion ke USD 1 trillion untuk membeli aset pinjaman tertunggak yang merosakkan tersebut.

Pihak US merancang, setelah membeli semua aset tadi, mereka akan menjualnya semula dan memperolehi keuntungan pula darinya. Namun terdapat pakar pelaburan seperti Warren Buffet dan ramai lagi yang menganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti tenat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka kepada sektor private dan bukannya dibeli oleh kerajaan. [2]

Secara ringkasnya isunya adalah :-

a) Apa yang menjadi isu dengan kes bail out terbaru ini adalah, jumlah besar itu adalah wang hasil kutipan dari pembayaran cukai dari seluruh warga USA. Namun malangnya wang cukai yang bayar mereka akan digunakan untuk menyelamatkan beberapa buah syarikat gergasi di Wall Street, sedangkan ramai yang tidak terlibat dengan aktiviti saham dan tidak mendapat faedah secara langsung dari bail-out ini. Inilah yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Duit mereka digunakan untuk menyelamatkan si kaya manakala syarikat kecil dan sederhana tiada sebarang bantuan.

b) Selain itu, untuk mejayakan tujuan ini, kerajaan US terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini akan meningkat kadar inflasi iaitu nilai USD akan jatuh merudum.

c) Sebahagian pakar ekonomi menamkannya sebagai hyperinflation atau inflasi di luar kawalan. Selain itu purchasing power mereka turut jatuh.

Contoh hyperinflation adalah apa yang berlaku kepada Germany pada tahun 1923 apabila kadar tukarannya adalah Marks (Matawang German) 4,200,000,000,000 (4.2 billion) adalah sama dengan USD 1 sahaja!. Yang terbaru adalah Zimbabwe di mana nilai duit Zimbabwe sebanyak 688 billion adalah sama dengan USD 1. [3]

d) Ini juga bermakna, semua peminjam-peminjam di bank US terpaksa mencari sumber wang lain untuk mebayar hutang mereka disebabkan nilai matawang mereka menjadi kecil. Kalau dulu USD 1000 mereka boleh membayar pinjaman perumahan bulanan, namun akibat bail-out ini, nilai USD 1000 itu sudah jatuh kepada USD 900.

e) Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai bencana ekonomi seperti berlakunya penyorokan barang pengguna kerana menunggu harga meningkat.

f) Hutang US juga pasti akan meningkat tinggi , dijangkakan hutang US akan meningkat kepada USD 11.3 trillion daripada jumlah sekarang iaitu USD 10.6 trillion. [4]

231 ahli akademik yang merupakan pakar ekonomi di univeristi seluruh USA membantah tindakan ini dalam satu surat yang ditandatangani bersama oleh mereka. Mereka menegaskan :-

"Investors who took risks to earn profits must also bear the losses. [...] The government can ensure a well-functioning financial industry [...] without bailing out particular investors and institutions whose choices proved unwise." [5]

PENSEKURITIAN PINJAMAN SUBPRIMA & PANDANGAN ISLAM

Bagi anda memahami isu ini dengan lebih tersusun, mari memhami isu subprime dan pensekuritiannya. Keadaan menjadi parah sebenarnya, apabila pinjaman-pinjaman SUBPRIME tadi telah disekuritikan menjadi . ‘Mortgage-backed Securities' ; (iaitu sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada sesuatu aset (asset-backed security ) yang mana cash flow atau aliran tunainya datang dari pembayaran pinjaman pokok dan interest bagi satu kelompok pinjaman perumahan. Kemudiannya ia diniagakan dengan risiko berbeza mengikut tahap-tahapnya. Dalam kes yang sedang kita bincangkan ini, kelompok pinjaman itu adalah dari pinjaman subprime yang telah diberitahu tadi. Sila lihat rajah untuk lebih faham.

MBS

Rajah : Proses MBS. [6]

Sila lihat kepada pulangan riba ‘expected return' yang dijanjikan kepada pelabur (pembeli sijil ini) yang disebut itu, pulangan itu gagal ditepati apabila pihak peminjam gagal membayar hutang rumah mereka.

Sekali lagi, apa erti sekuriti di sini?

Ia adalah satu proses mengumpulkan pinjaman-pinjaman ini dalam satu kumpulan (pool of portfolio), kemudiannya ditukar menjadi sebuah sijil pelaburan boleh niaga yang dinamakan bon atau sekuriti atau Mortgage Backed Securities.

Ia adalah sebuah instrument pelaburan riba yang menjanjikan PULANGAN TETAP bagi mereka yang berminat membelinya.

Disebabkan sifat tamak pelabur kapitalis, mereka telah menjual bon yang disandarkan kepada pinjaman Subprime yang berisiko ini dan ia telah dibeli oleh pelbagai pihak termasuklah bank-bank pelaburan ‘investment banks' yang besar seperti Lehman Brothers yang merupakan syarikat keempat tersebar di Bursa Wall Street.

Apa yang dilakukan ini jika dilihat dari perspektif Islam dinamakan ‘debt trading' atau menjual hutang. Ia difatwakan haram oleh Majlis Fiqh Sedunia dan juga Majlis Shariah Badan Perakauan dan Kewangan Islam Sedunia (AAOFI) iaitu apabila ia dijual lebih rendah dari harga asal hutang (secara diskaun).

Untuk analogi mudah lagi ringkas, ia adalah seperti berikut:-

Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David dikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 tahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas Encik David.

Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab tertentu, Encik Lingam perlukan wang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik Lingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendahnamun Encik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai.

(Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap riba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya mestilah sama nilai)

Di hujung transaski, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera namun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia sanggup menunggu selama 5 tahun.

Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah dipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba sebanyak RM 200,000 pula dengan mudah.

Encik David tetap perlu membayar seperti biasa.

Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan harga RM 1.2 juta.

Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti berikut:-

Encik David - Peminjam miskin dan tidak cukup syarat

Encik Lingam - Syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation

Encik Chua - Lehman Brothers dan lain-lain.

Encik Mutu - Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch dan lain-lain.

Maka apabila encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan terancam. Inilah yang berlaku.

Inilah namanya discounted debt trading, ini dikenalpasti berlaku dalam kes subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS yang mewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang besar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan yang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula menjelma.



Tuesday, December 2, 2008

Surat Dari KWSP Tentang Status Pelaburannya


Monday, December 1, 2008

Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

  • a) Tabarru' dan Mudarabah
  • b) Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).

Demikian penerangan ringkas saya.

Insurans Haram Di Sisi Islam??

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :-

1. Pembahagian insuran.

2. Perbezaan Fatwa Ulama’ mengenai hukum insuran

3. Mengapa insuran perniagaan difatwakan haram?

4. Apakah dalil para Ulama yg mengharuskannya & syarat utk menyertainya?

5. Alternatif Islam dalam hal Insuran.

Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama’ tertutamanya di kalangan ulama’ Timur Tengah. Oleh kerana system Insuran ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, system ini hanya menembusi dunia Islam arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yg dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha’ ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yg mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran.

seterusnya:

http://staf.uum.edu.my/alib/wb3053/insuran.pdf

Friday, November 28, 2008

Why Takaful is a Women's Safety Net?

As a woman, you need to be financially independent.
That's because women face unique financial challenges today -managing careers, raising families and caring for aging parents. Yet, they often neglect their own financial affairs.

Taking control of your finances involves setting goals, implementing a
plan and monitoring progress. Saving for a new home, reducing debt or investing for retirement may be among your goals. But don't forget about takaful-the foundation of a sound financial plan.

Takaful doesn't have to be confusing. If your spouse, children, or aging parent depend on your income, you probably need it. Knowing that you have provided for them after your death can be a source of comfort in these uncertain times. The primary reason women buy takaful is a desire not toburden their heirs with debts.

The cash provided by takaful does more than just pay funeral expenses. It can pay the mortgage and other household expenses, fund future education costs, supplement retirement savings and help pay estate taxes. Without takaful, your family might be forced to sell assets to pay outstanding bills or taxes.

Unfortunately, many people who need takaful don't have it. Indeed, more than twenty-five million American households-one in four-have no coverage. Other families don't have enough takaful.

Women in various stages of life should consider takaful:

‧ Single mom with young children: As the sole breadwinner, your kids depend heavily on you for financial security. Takaful can help cover child care and other costs, as well as future needs such as college tuition.

‧ Young working couple with children: Takaful provides a safety net for young families with little savings and large responsibilities-like kids and hefty mortgages. If one spouse dies prematurely, the takaful money can help the surviving spouse pay ongoing bills and support the kids.

‧ Baby-boomer couple with children in college: The unexpected death of one spouse could force the surviving spouse to deplete retirement savings to pay for college expenses or may prevent the parent from helping out with college expenses at all. Takaful helps ease that burden.

You should also consider takaful if you are a woman who is married with an unemployed spouse, owns your own business, or has significant assets. Two income, childless couples may also need takaful if, for instance, neither spouse could individually afford to carry the mortgage on their home.

Thursday, November 27, 2008

TAKAFUL IKHLAS

Tahukah anda, TAKAFUL amat perlu bagi setiap masyarakat memandangkan
segala perbelanjaan dan tangungan yang semakin tinggi menyebabkan hampir 70% masyarakat Malaysia yang tidak dapat menanggung perbelanjaan tersebut termasuklah KOS RAWATAN, perbelanjaan anak semasa di peringkat PENGAJIAN TINGGI, rawatan KANSER yang terlalu tinggi, HUTANG yang membebankan dan sebagainya. TAKAFUL IKHLAS merupakan persediaan dan pelaburan yang amat efektif dan merupakan suatu sistem berlandaskan Hukum Syarak/ISLAM



Mengapa Anda Mesti Memilih Takaful Ikhlas!

1. 100% Berlandaskan Hukum Syarak.
2. Pelaburan Jangka Panjang dan Alternatif bagi Ummat Islam
dalam bidang insurans.
3. Bagi Persiapan Untuk Masa Hadapan:
a) Perlindungan Hutang.
b) Dana Lumpuh / TPD
c) Dana 40 Penyakit kritikal
d) Pampasan Kemalangan
e) Khairat Kematian
f) Elaun Harian Hospital
g) Simpanan / Tabungan
h) Elaun Sara Hidup bulanan
i) Pengecualian Cukai
j) Beramal Jariah

4. Pembelaan untuk Pelajaran dan masa depan ANAK.
i) Anak merupakan ASET yang teramat bernilai bagi setiap ibu bapa.
Oleh itu kami menyediakan suatu pakej istimewa untuk masa depan anak-
anak iaitu IKHLAS EDUCATION TAKAFUL.

5. WANITA merupakan penggerak kepada sesuatu sistem samaada Negara
atau pun Keluarga. Untuk menghargai jasa-jasa wanita, kami menyediakan
IKHLAS WANITA TAKAFUL bagi melindungi PENYAKIT KHUSUS bagi
Wanita.

6. Kami juga menyediakan TAKAFUL bagi pembelian RUMAH, Medical Card,
dan sebagainya.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:

HASANUDDIN BIN HASSAN: 013-6967777
012-6776839

Wednesday, November 26, 2008

Sejarah Insurans

Konsep insurans telah wujud sejak tahun 2800 Sebelum Masehi. Konsep insurans telah digunakan oleh saudagar-saudagar di Eropah untuk menjaga kepentingan perniagaan dan harta mereka. Ada rekod-rekod sejarah menunjukkan insurans telah digunakan seawal-awal masa tamadun Babylon. (MII, 1987). Konsep insurans telah diperkenalkan di Malaysia oleh pendatang-pendatang Inggeris seawalnya pada kurun ke-18. Industri insurans di Malaysia telah berkembang dan diperkemaskan sistemnya selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Kerajaan telah menggubal dan meluluskan Akta Insurans 1963 bagi tujuan mengawasi dan menyelia industri insurans. Dengan penguatkuasaan akta tersebut, seorang Ketua Pengarah Insurans telah dilantik dan Gabenor Bank Pusat (Bank Negara) ialah Ketua Pengarah Insurans. (Insurance Act, 1963: Section 35).

Insurans berfungsi sebagai satu cara sekumpulan individu membuat “kutu” bagi meringankan beban kewangan individu dan mengurangkan risiko kesulitan perbelanjaan (Mohammad Muslehuddin, 1988). Menurut Dinsdale dan McMurdie (1993), fungsi utama insurans ialah untuk menanggung risiko iaitu penanggungan kerugian kewangan individu dan entity yang diagih-agihkan secara rata kepada beberapa orang.

Kesedaran terhadap TAKAFUL

Insuran secara Islam, atau lebih dikenali sebagai TAKAFUL merupakan suatu alternatif kepada ummat Islam khususnya untuk menyertai insuran samaada insuran hayat ataupun sebagainya. Takaful tidak terhad kepada Islam sahaja, dalam Islam, ianya terbuka kepada seluruh manusia, samaada Cina, India, Melayu dan sebagainya.

Disebabkan perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful di negara ini berlandaskan Syarak, perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka menjadi persaingan kepada insurans yang berbentuk konvensional yang telah lama beroperasi di Malaysia. Perkhidmatan takaful secara umumnya kurang mendapat sambutan dari masyarakat Islam sendiri kerana kurangnya kesedaran mereka terhadap peranan takaful didalam kehidupan dan ekonomi mereka walaupun perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful memang berlandaskan Syarak. Urusniaga dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali takaful lebih mementingkan keadilan, ketelusan dan sikap tolong menolong dikalangan pesertanya didalam perlaksanaannya. Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya sambutan dari masyarakat ialah kurangnya pemahaman, kurang lebihan pendapatan dikalangan mereka untuk membuat sesuatu tabungan atau perbelanjaan tambahan, persaingan dan inovatif perkhidmatan (produk) dari pengendali insurans konvensional dan beberapa faktor lain.

Dalam pada itu, satu kajian telah dibuat oleh Universiti Utara Malaysia mengenai kurangnya kesedaran terhadap kepentinggan Takaful. Objektif utama kajian ialah untuk mendapatkan maklumat mengapa sambutan dari masyarakat Malaysia terutamanya dan masyarakat Islam amnya masih kurang menyertai takaful ataupun tidak memilih takaful bagi keperluan insurans mereka. Hasil kajian ini mendapati bahawa insurans secara Islam kurang mendapat sambutan dari masyarakat berbanding insurans secara konvensional. Pengetahuan, persepsi dan keyakinan dari masyarakat terhadap takuful adalah masih ditahap yang rendah walaupun insurans secara Islam ini telah diketahui lebih memberikan manafaat dan pulangan yang setimpal jika dibandingkan dengan insurans konvensional .

Tuesday, November 25, 2008

Langkah Pertama Jadi Jutawan

Sikap.

Sekiranya anda merasakan membayar kira-kira 1/3 daripada gaji anda untuk bayaran installment sebuah kereta adalah OK tetapi pada masa yang sama anda merasakan menyimpan 1/3 daripada keseluruhan pendapatan bulanan anda adalah membebankan, maka anda sedang mencipta sel kanser kewangan anda sendiri.

Sekiranya anda sanggup berbelanja RM 100 sebulan untuk topup atau bil telefon dan merasakan ia adalah jumlah yang OK, tetapi pada masa yang sama anda merasakan ia adalah jumlah yang besar untuk membeli buku-buku kewangan atau ke seminar-seminar kewangan, maka anda mencepatkan lagi pertumbuhan sel kanser kewangan anda.

Sekiranya anda sanggup menunggu 5 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah, tetapi anda tidak boleh menunggu 5 tahun lagi untuk membina asas kewangan yang kukuh, maka anda sekali lagi memberi makanan kepada sel kanser kewangan yang sedia ada.

Anda hanya bermula dengan perubahan sikap.

Kalau anda tahu yang anda memang tidak pernah cukup duit setiap bulan, maka anda perlu ubah cara pengurusan kewangan anda. Anda perlu belajar cara menguruskan kewangan dengan betul. Kalau anda sekadar mengeluh dan tidak berbuat apa-apa, maka anda tidak akan mengubah apa-apa langsung.

Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results.

(Albert Einstein)

Ape itu Pengurusan Kewangan

Apabila disebut maudu’ pengurusan kewangan, ini lah yang perlu anda tahu:

1. Pengurusan Cashflow
2. Perancangan Cukai
3. Pelan Insurans
4. Pelan Pelaburan
5. Pelan Persaraan
6. Estate Planning

Asasnya adalah pengurusan cashflow. Sebab ia akan memberi kesan besar kepada hal-hal lain. Kalau anda gagal melakukan active savings dan tidak mengawal perbelanjaan, sebenarnya anda sendiri mencipta barah kewangan sendiri yang anda akan rasai 20-30 tahun akan datang. Malah, salah guna kad kredit boleh menyebabkan barah itu merebak dalam masa 5-10 tahun sahaja.

Kesilapan seterusnya adalah apabila anda menyamakan pelan insurans, pelan pelaburan dan pelan persaraan dalam satu produk. Baik dalam unit amanah, investment-link insurance dan lain-lain. Pelan-pelan ini sebenarnya adalah lebih dari sekadar anda membeli produk-produk daripada ejen yang mendekati anda.

Perkara yang selalu dilupakan adalah pengurusan cukai dan estate planning. Berapa ramai orang tidak tahu cara tidak membayar cukai dengan cara yang sah dan berapa banyak aset yang tidak dapat dicairkan kerana tidak merancang pembahagian harta.

Dan selaku orang Islam, ada 2 pelan tambahan yang mesti anda masukkan:

1. Pelan Fardhu Haji
2. Pengurusan Zakat

Ingat, perancangan kewangan adalah pelan yang komprehensif dan ia bersifat personal. Pelan anda dan pasangan anda pun pasti ada perbezaan. Perancangan kewangan bukan sekadar membeli produk ABC dan dana XYZ. Itu bukan merancang kewangan, itu namanya anda tolong bayarkan installment kereta mewah ejen tersebut.