Monday, April 27, 2009

RM1 juta tidak cukup selepas bersara

Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.

Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.

''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,'' jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.

''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.

Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.

Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.

''Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,'' katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau.

Thursday, April 23, 2009

Iktibar...

Iktibar...

Iktibar...

Takaful IKHLAS dipilih Penyedia Terbaik anugerah IFN 2008

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) dipilih sebagai Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik 2008 menerusi undian yang diadakan sempena Anugerah Berita Kewangan Islam (IFN) 2008, baru-baru ini.

Anugerah yang diadakan buat kali keempat pada tahun ini dimenangi oleh Takaful Ikhlas menerusi undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam melalui IFN yang diterbitkan pada setiap hari Jumaat.

IFN memberi tumpuan terhadap industri dan pasaran kewangan antarabangsa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah itu merupakan kayu pengukur kecemerlangan syarikat sehingga hari ini.

''Kami menganggap anugerah ini sebagai satu penghormatan terbesar di peringkat antarabangsa, sebagai pengendali perlindungan takaful yang baru sahaja beroperasi selama enam tahun.

''Anugerah ini membuktikan meskipun Takaful Ikhas merupakan syarikat yang baru, tetapi produk-produk kami telah pun mendapat perhatian masyarakat luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Moheeb berkata, anugerah itu akan dijadikan pemangkin kepada kejayaan Takaful Ikhlas untuk tahun-tahun akan datang sekali gus memastikan syarikat terus berdiri kukuh dalam industri insurans dan takaful.

Menurutnya, anugerah yang dilancarkan oleh IFN itu adalah bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menjalankan operasi dan menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada institusi kewangan Islam.

Dalam pada itu, kata beliau, kemenangan tersebut merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas di negara ini dan juga di peringkat antarabangsa.

''Kita mempunyai pelbagai rancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang, oleh itu, usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ia (rancangan) dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini.

''Kami berasa sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai pemenang walaupun penglibatan kami dalam industri takaful masih baru berbanding pengendali takaful yang lain," ujarnya.

Kanser Ovari..



1) Epidemiologi kanser ovari:

Siapa ?
Satu daripada 70 orang wanita akan menghidap kanser ovari dalam seumur hidupnya; Jika dia mempunyai penurunan genetik predisposisi, statistik menunjukkan satu daripada dua orang wanita tersebut akan menghidap kanser ini.

Frekuensi ?

Kanser ovari adalah kanser wanita keempat yang paling umum. Ia 6 kali kurang umum dari kanser payudara. Ia berlaku lebih ketara antara wanita berbangsa putih. Wanita Asia kurang menghidap kanser ovari dibanding dengan bangsa Amerika.


Age ?

Purata umur kejadian adalah 59; bagi wanita yang mewarisi genetik predisposisi umur kejadian adalah 49. Ia juga berlaku pada wanita muda (20-30).


Faktor risiko ?
Ovulasi adalah risiko utama :
- peningkatan umur;
- ovulasi untuk wanita yang pernah mengandung beberapa kali.
Khasiat: kaitan antara lemak dan protin haiwan, dan juga peningkatan berat badan berlebihan.


Faktor Pelindung ?
- Keadaan di mana ovulasi mengurang (kehamilan berganda, penyusuan, kontraseptif oral).
- Diet yang kaya dengan sayur-sayuran (terutamanya beta-karotin).


2) Rawatan Kanser Ovari:
Ovari adalah organ yang berkedudukan di dalam badan, biasanya kanser ini merebak ke abdomen tanpa simpton; keputusannya biasa lewat untuk dirawati : 75% daripada kanser ini dirawati pada peringkat lewat; ia adalah kanser yang dasyhat; Oleh demikian, langkah pencegahan yang efektif mesti dilakukan awal sebelum tanda klinikal ditunjukkan.
Bila kadar terselamat dalam masa lima tahun adalah 30%, kadar terselamat untuk peringkat III dan IV adalah hanya 10%. Kadar terselamat sebanyak 90% mungkin diperolehi bagi pesakit yang mendapat pengesanan awal terbatas ke ovari saja.

Simptom: sakit pada pelvik-abdomen, bengkak pada abdomen, pendarahan bukan haid. Kanser ovari biasanya berkait dengan kanser lain dimana pengesanan perlu dibuat serentak: payudara, kolon, endometrium, servik.

3) Cara Rawatan:
1) ultrasound: ultrasound pelvik dan endovaginal; Ultrasound Doppler.
2) MRI :sensitiviti tisu menyempurnakan delimitasi anatomik tumor dan lokasi yang berkait dengan pundi kencing,
rektum dan ke dinding pelvik.
3) Petanda tumor (ujian darah):
- CA125: kadar 35 U/l; paras ini BUKAN untuk perbandingan bilangan tumor dan perkembangan penyakit, sebab
pemecahan petanda oleh tumor adalah berbeza. Peningkatan berganda paras CA125 di dalam serum dinasihat
menjalani ujian fizikal, transvaginal sonografi dan CT scan.
- AFP dan BHCG: diguna untuk mengesan tumor ovari germinals.
- CA19-9 dan CEA : boleh diguna ke atas tumor musinous, apabila tiada bacaan CA125 didapati.
4) Surgeri: eksploratori endoskopi, eksploratori laparotomi.

4) Rawatan kanser ovari:

1) Surgeri: penting dalam rawatan (peringkat penilaian merebaknya di abdomen), dan sesuai untuk pembuangan
tumor.
2) Kemoterapi: permulaan kemoterapi adalah satu polikemoterapi.
3) Radioterapi: tidak membantu pada jenis kanser ini. Pergabungan antara radio/kemoterapi tidak membantu
dalam kanser ovari, walaupun ia sangat berguna kepada kanser jenis lain.
4) Pengawasan dan rawatan berkala: bertujuan untuk pengesanan awal kemungkinan penimbulan semula kanser
yang tidak dapat dielakkan; dan juga penilaian efikasi rawatan yang diikuti. Paras CA125 sangat penting;
selepas pembedahan pembuangan tumor ovari, ukuran paras CA125 dibuat pada hari ke 5; jangka masa ini
didapati berkait dengan searuh-hidup petanda.Jika paras tidak kembali ke normal penumbuhan tumor disyaki;
bagaimanapun, bacaan normal tidak menunjukkan tiadanya penumbuhan tisu tumor; bergantung kepada pusat
perubatan, sebanyak 15% pesakit perlu dibedah semula selepas surgeri permulaan yang tidak lengkap.
Peningkatan CA125 pada peringkat penimbulan semula memberi isyarat awal beberapa bulan sebelum rawatan
klinikal: dinasihat menjalani ujian CA125 setiap 3 bulan semasa tahun pertama, kemudian setiap 6 bulan.


Peningkatan CA125 bermakna pengesanan lanjutan dengan ultrasound dan imunosintigrafi perlu dilakukan untuk mengesan penimbulan semula.

DALAM PRAKTIS , sila beri perhatian:
PENCEGAHAN kanser ovari , PENGESANAN kanser ovari adalah perlu:

Pengesanan awal tumor ini menyelamatkan pesakit. semua wanita (faktor risiko 1.4%) perlu menjalani pemeriksaan ginekologikal sekali setiap tahun;
-dalam kes mewarisi sindrom kanser ovari (faktor risiko 40%), anda perlu menjalani: pemeriksaan klinikal tahunan, ujian petanda tumor dan ultrasound pelvik. Penyata sependapat NIH mengesyorkan (2002 Laboratory Medicine Practice Guidelines) wanita ini perlu menjalani sekurang-kurangnya pemeriksaan pelvik rektovaginal tahunan dan trasvaginal sonografi dengan mengambil bacaan CA125.

pengunaan petanda tumor dapat membantu dalam pengesanan kanser ovari dan penimbulan semula kanser ini: untuk mengesan kanser ini CA125 bersama CEA diperlukan, jika CA19-9, AFP dan BHCG boleh didapati ia lagi berkesan.

Wanita yang sudah putus haid, CA-125 diguna untuk rawatan tumor jinak dan ganas pelvik. Peningkatan nilai pada wanita yang sudah putus haid yang mempunyai ketumbuhan pelvik perlu dirujuk kepada pakar bedah abdomen, sampel nodus, omentektomi dan pembedahan sitoreduktif.

CA125,CA19-9,AFP dan BHCG adalah sebahagian dari ujian Biomarkers C12.


Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG.

Kanser...

1) Epidemiologi:
Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa berlaku di antara kaum wanita, bukan sahaja di Amerika Syarikat (210 000 kes setahun), malah di semua negara membangun. Antara kejadian : antara 8-9 orang wanita, seorang daripadanya akan menghidap kanser payudara, ia bergantung kepada negara mana. Kejadian ini terus meningkat 1 hingga 2% setiap tahun, tetapi tahap kematian makin stabil pada sepuluh tahun yang lepas. Kanser Payudara masih sebagai penderitaan masyarakat di negara barat : terutamanya di Amerika Syarikat , Kanada, Eropah Barat, Australia , New Zealand. Pada masa ini, lebih dari 1 juta wanita di Amerika Syarikat menghidap kanser payudara peringkat II, III atau IV. Walaupun sains perubatan belum dapat membanteras kanser ini, kemajuan dalam diagnosis dan terapi dapat merawat ramai pesakit.
Namun demikian, risiko bukan di luar tafsiran sebab ia terlalu kerap: risiko sebenar ialah 13%, dan peninjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa 89% kaum wanita di luar tafsiran bagi kanser ini : purata tafsiran 46% dari 13% yang sebenar. Jangan bimbang !
Jangan lupa sebanyak 1000 orang lelaki dipengaruhi setiap tahun di Amerika Syarikat.


2) Faktor Risiko:

Bahkan apa yang menyebabkan kanser payudara tidak diketahui dengan tepat, kanser ini pada umumnya diakui adalah akibat dari perubahan genetik, kebanyakan didapati selepas lahir. Kadang-kadang ia diwarisi dari salah seorang ibubapa : dikenali sebagai predisposisi genetik kepada kanser payudara.

Sehingga sekarang, 2 predisposisi genetik telah dikenalpasti. (lain-lain seperti BRCA3, sedang diselidik): BRCA1 dan BRCA2, yang perlu ditentukan di dalam kes kanser di dalam keluarga.

Faktor risiko yang utama:
- jantina: 100 wanita, 1 lelaki;
- umur: 50 tahun ke atas
- kelainan yang ditemui melalui biopsi payudara
- Akilbaligh awal dan lambat putus haid;
- tidak pernah mengandung atau lewat mengandung.
Penyebab lain yang disahkan tetapi dengan kadar risiko rendah: - persekitaran (cara hidup, kedudukan sosial, makanan), - kegemukan semasa muda, - rawatan hormon, - tembakau, - alkohol.


3) Perkembangan:

Sel mamari di payudara membesar dan menebus limfa atau saluran darah menyebabkan metastasis. Tumor ini dapat dikesan melalui mamografi, ultrasound, MRI dan nodus aksilari. Jikalau tumor itu tidak dirawat, ia akan membesar dan metastasis akan membawa maut.

4) Simptom:
ketulan di payudara, kemungkinan menyebabkan kulit berhampiran berkedut, kelainan pada puting, puting berdarah, nodus aksilari.


5) Pengesanan kanser payudara:

Cara paling baik untuk rawatan lengkap.
- pemeriksaan sendiri payudara.
- mamografi bilateral, sekali setiap tahun atau setiap 2 tahun selepas umur 40 (atau umur 50, terpulang kepada
negara mana). Kemungkinan untuk mengesan tumor pada peringkat awal sebelum ia tersebar.
- ultrasound dinasihatkan.
- Petanda tumor diperlukan.


6) Diagnosa kanser payudara:

bergantung kepada
- mamografi;
- ultrasound; MRI ;
- biopsi: samada core-biopsi (fine-needle aspiration), atau biopsi pembedahan.
- dan petanda tumor : CEA , CA 15-3.


7) Rawatan:
Surgeri, radioterapi dan rawatan perubatan. Rawatan ini adalah dijalankan mengikut keperluan setiap pesakit.

- Surgeri: mastektomi sepenuh (pembuangan payudara) sesuai hanya untuk 30% kes, mastektomi sebahagian
adalah yang sering digunakan: lumpektomi, sekmental mastektomi. Diseksi nodus limfa aksilari adalah perlu
untuk mengawasi kesan rawatan perubatan: prosedur ini dapat dilakukan menerusi teknik "minimally invasive"
untuk kanser yang bersaiz kecil (kecil daripada 10mm). Pembinaan semula dapat dilakukan semasa atau selepas
mastektomi.
- Radiasi: mastektomi sepenuh. Keputusannya cemerlang.
Radiasi juga diguna sebelum pembedahan, samada tersendiri atau bersama kemoterapi untuk menyusutkan
tumor.
- Rawatan Perubatan: bergantung kepada parameter tumor dan nodus.
- Kemoterapi diguna bersama pelbagai ubat. Kanser payudara metastasis sangat awal, kemoterapi sentiasa
digunakan. Banyak protokol didapati, mengizinkan keputusan penting dalam penyembuhan.
- Terapi hormon: mengurangkan pertumbuhan sel hormon.


8) Rawatan susulan:
amat perlu, dijalani sepanjang hidup disebabkan oleh risiko penimbulan semula.

Mesti dilakukan pada 3 bulan pertama, kemudian setiap 6 bulan, seterusnya setiap satu tahun:
- pemeriksaan klinikal;
- mamografi;
- ujian petanda: CEA , CA 15-3. Petanda tumor sangat sensitif untuk mengesan metastasis tulang dan hati.
Jikalau pembacaan memberi amaran, ujian lain akan mengesan juga : ultrasound, MRI .


9) Pencegahan:

Banyak kajian dibuat di seluruh dunia. Sehingga sekarang, tiada sependapat bagi protokol yang teratur. Kumpulan di seluruh dunia menggunakan teknik radikal (jumlah mastektomi bila dikesan mewarisi genetik) dan perbezaan ubat (Tamoxiphen, Raloxyphen). Keputusan penyelidikan lanjutan telah lama menunggu.

AMARAN : jikalau anda menjalani rawatan ANTI-PENUAAN, khususnya menggunakan DHEA, anda perlu pasti anda tiada kanser payudara.


Petanda tumor di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; adalah mengesyorkan anda melaksanakan panel ini sekali dalam setahun.

Takaful Sakinah khas kakitangan kerajaan Johor


Takaful Sakinah khas kakitangan kerajaan Johor
21 Apr 2009

JOHOR BAHRU 20 April - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. kini menyediakan pelan perlindungan kewangan khas kepada kakitangan jabatan serta agensi kerajaan negeri Johor.

Pelan perlindungan yang dipanggil Skim Takaful Sakinah itu memberi kemudahan perlindungan komprehensif berasaskan Takaful kepada pesertanya.

Ia yang dipasarkan melalui Insist Amilat Sdn. Bhd. (anak syarikat Perbadanan Islam Johor), memberikan sumbangan pada kadar yang menarik dan berpatutan ke dalam akaun pelaburan peserta.

Selain wujudnya elemen simpanan untuk hari persaraan, ia juga dicipta untuk meminimumkan pilihan risiko, kata Presiden Takaful Ikhlas Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.

Pelan itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 di sini hari ini.

"Adalah menjadi hasrat Takaful Ikhlas untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Johor melalui penyediaan perkhidmatan perlindungan Skim Takaful Sakinah yang berkualiti dan terbaik kepada kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri Johor," kata Syed Moheeb.

Takaful Ikhlas mengunjurkan sasaran sumbangan tahunan sebanyak RM5 juta dengan jumlah peserta seramai 5,000 orang.

Antara faedah perlindungan di bawah skim takaful itu ialah manfaat kematian biasa, manfaat kematian akibat kemalangan, manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat sebab-sebab biasa, manfaat perbelanjaan kematian, akaun simpanan serta pendapatan untuk rawatan hospital.

Kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri Johor yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim tersebut di gerai Takaful Ikhlas di Padang B, Plaza Angsana, Tampoi di sini yang dibuka khas sempena MSAM 2009.

Mereka yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke MSAM itu boleh pergi ke pejabat Takaful Ikhlas di Unit G.02 & M.02, Wisma LKN, No. 49, Jalan Wong Ah Fook di sini.

Syed Moheeb berkata penambahan Skim Takaful Sakinah di dalam senarai produk takaful Ikhlas adalah selaras dengan komitmen berterusan syarikat untuk membangunkan serta mengukuhkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai. -

Terima Pampasan

Takaful IKHLAS menang anugerah

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) telah memenangi anugerah bagi kategori 'Jenama Terbaik dalam Produk Pelanggan-Penjagaan Kesihatan', BrandLaureate-PKS 2008.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Presiden dan Ketua Pegawai Ekekutif Takaful Ikhlas, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman , baru-baru ini.

Syed Moheeb berkata, kejayaan itu membuktikan kesungguhan syarikat yang telah berusia enam tahun itu menjenamakan produk takaful di negara ini.

'Kami sangat berbesar hati menerima anugerah ini meskipun penglibatan kami masih baru dalam industri ini,' kata beliau dalam kenyataannya di sini.

Katanya, sebelum ini, syarikat telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti produknya bagi memastikan ia memenuhi permintaan pasaran dan nampaknya ia berjaya.

'Ini kerana produk-produk kami bukan sahaja mudah diterima oleh penduduk Malaysia tetapi juga menyumbang kepada penjenamaan Takaful Ikhlas itu sendiri,' jelas beliau.

Menurut Syed Moheeb, kemenangan ini merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas bukan sahaja di negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, syarikat telah memiliki pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang.