Wednesday, November 26, 2008

Sejarah Insurans

Konsep insurans telah wujud sejak tahun 2800 Sebelum Masehi. Konsep insurans telah digunakan oleh saudagar-saudagar di Eropah untuk menjaga kepentingan perniagaan dan harta mereka. Ada rekod-rekod sejarah menunjukkan insurans telah digunakan seawal-awal masa tamadun Babylon. (MII, 1987). Konsep insurans telah diperkenalkan di Malaysia oleh pendatang-pendatang Inggeris seawalnya pada kurun ke-18. Industri insurans di Malaysia telah berkembang dan diperkemaskan sistemnya selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Kerajaan telah menggubal dan meluluskan Akta Insurans 1963 bagi tujuan mengawasi dan menyelia industri insurans. Dengan penguatkuasaan akta tersebut, seorang Ketua Pengarah Insurans telah dilantik dan Gabenor Bank Pusat (Bank Negara) ialah Ketua Pengarah Insurans. (Insurance Act, 1963: Section 35).

Insurans berfungsi sebagai satu cara sekumpulan individu membuat “kutu” bagi meringankan beban kewangan individu dan mengurangkan risiko kesulitan perbelanjaan (Mohammad Muslehuddin, 1988). Menurut Dinsdale dan McMurdie (1993), fungsi utama insurans ialah untuk menanggung risiko iaitu penanggungan kerugian kewangan individu dan entity yang diagih-agihkan secara rata kepada beberapa orang.

No comments: